Kata
hubung ialah
perkataan yang digunakan untuk menggabungkan:
- perkataan dengan perkataan;
- rangkai kata dengan rangkai kata; dan
- ayat dengan ayat.
Kata hubung
terbahagi kepada tiga iaitu:
Kata
hubung gabungan
Menggabungkan
klausa-klausa yang sama tarafnya. Contoh kata ialah dan, atau, serta,
tetapi, malahan, sambil, tetapi, sementara, sebaliknya, seterusnya.
Contoh ayat:
- Pemanah itu melepaskan anak panah, tetapi tidak mengena sasaran kerana busurnya patah.
- Belum tentu... sama ada pergi rumah kawan atau balik kampung,’’ katanya.
- Dia mengelak, lantas menikam.
Kata
hubung pancangan
Kata hubung pancangan relatif
Kata hubung
ini menghubungkan klausa utama dengan klausa klausa pancangan (kecil). Hubungan
ini menggunakan kata hubung yang.
Contoh ayat:
- Pelajar yang berjaya itu diberi hadiah.
- Budak yang sedang membaca itu adik perempuan saya.
- Buku yang dikarang oleh Ahmad itu buku sejarah.
Kata hubung pancangan komplemen
Kata hubung
ini menghubungkan satu klausa sebagai komplemen pada satu klausa utama.
(Komplemen bermaksud pelengkap). Jadi, klausa klausa pancangan komplemen itu
melengkapkan klausa utama. Kata hubung yang berperanan begitu ialah bahawa
dan untuk.
Contoh ayat:
- Guru tahun enam itu menyatakan bahawa semua muridnya mendapat enam A.
- Mereka mengetahui bahawa Haji Ahmad adalah ahli perniagaan besar.
- Kerajaan membuat jambatan untuk rakyat melintas sungai.
Kata hubung pancangan keterangan
Kata hubung
pancangan keterangan menghubungkan klausa keterangan kepada klausa utama. -Kata
hubung itu ialah kerana, agar, meskipun, sekiranya, semoga, supaya, kalau,
andaikata, kendatipun, hingga, jika, jikalau, semasa, sementara, setelah,
sewaktu, sekiranya, ketika, tatkala, walaupun, dan sesungguhnya.
Contoh ayat:
- Berusahalah sekuat mungkin sementara badan masih sihat
- Saya berkawan dengannya semenjak kecil
Kata
hubung berpasangan
Kata hubung
ini selalunya wujud dalam berpasangan dan merupakan gabungan kata hubung
pancangan dan kata hubung gabungan. Kata hubung itu ialah baik...mahupun,
baik...baik, bukan sahaja... malah, entah...entah,jangan...pun, kian...kian,
sama ada... ataupun, sedangkan...inikan pula, semakin...semakin,
sungguhpun...tetapi, dan walaupun...namun..
Contoh ayat:
- Kian lama kian banyak orang yang ke sana.
- Fuad bukan sahaja nakal malah suka ponteng sekolah.
Sumber : Daripada Wikipedia,
ensiklopedia bebas.
No comments:
Post a Comment