KATA
NAMA
Kata nama adalah golongan
kata yang terbahagi kepada dua bahagian yang besar iaitu nama am, nama khas,
ganti nama dan nama terbitan.
Kata
Nama Am
Kata nama am ialah kata yang
digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan,
dan sesuatu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan
sebagainya secara umum seperti dalam contoh di bawah:
orang: ayah, polis, perempuan dll.
haiwan: ayam, itik, buaya dll.
benda: televisyen, komputer, bank dll.
tempat: stadium, jalan raya, pulau dll.
Kata nama am boleh
dibahagikan kepada dua iaitu konkrit dan abstrak. Kata nama am konkrit ialah
nama sesuatu yang dapat dipegang, dirasa atau dilihat. Kata nama am abstrak
pula ialah nama sesuatu yang hanya dibayangkan atau dikhayalkan. Kedua kelas
kata ini boleh terdiri daripada kata dasar dan kata terbitan.
Contoh: buai ->
buaian
Kata nama am mestilah
menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat.
Kata Nama Khas
Kata nama khas ialah kata
nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada
benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa. Benda-benda yang bernyawa ialah
nama manusia dan nama binatang. Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama
tempat, judul buku, nama bangunan, dan sebagainya.
Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas. Contoh perkataan ditunjukkan seperti di bawah:
benda: Sri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang Tuah,
dll
orang: Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long dll
binatang: Blacky, Pak Belang, Sang Kancil,Si Tompok,
dll
tempat: Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala Lumpur dll
Biasanya huruf pertama
perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.
Kata Ganti Nama
Kata ganti nama ialah kata
nama yang digunakan untuk mewakili diri seseorang atau sebagai penunjuk. Kata
ganti nama penunjuk terbahagi kepada dua iaitu penunjuk bersifat menerangkan
(contohnya ini, itu), dan penunjuk bersifat pertanyaan (contohnya
siapa, apa, mana).
Kata ganti diri pula terbahagi kepada tiga:
diri pertama:saya, beta, aku, patik, kami, kita, daku
diri kedua: awak, engkau, kamu, anda, saudara,
saudari, tuan hamba
diri ketiga: ia, dia, beliau, mereka, baginda, -nya
Kata Nama Terbitan
Kata nama terbitan wujud apabila kata nama am diberi
imbuhan. Imbuhan yang membentuk kata nama terbitan boleh diletakkan di awal
kata ( awalan ), di akhir kata ( akhiran ), di awal dan di akhir
kata ( apitan ) dan diselitkan di tengah perkataan ( sisipan).
Sumber
: Daripada Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Blog cik gu dapat membantu anak saya dalam subjek Bahasa Melayu. Terima kasih.
ReplyDelete