Friday, 27 April 2012

KATA SENDI


Golongan kata sendi adalah golongan kata yang digunakan untuk menyambungkan frasa nama dengan kata atau frasa-frasa dalam ayat. Kata sendi menunjukkan perkaitan antara satu perkataan/frasa dengan perkataan/frasa yang lain.
Contoh:
  • Buku di pejabat (kata nama + kata sendi + kata nama)
  • Menyelam sambil minur air (kata kerja + kata sendi + frasa kerja)
  • Rosak kerana banjir melanda (kata sifat + kata sendi + frasa nama)
Fungsi kata sendi
Ada lima fungsi kata sendi:
  1. Menunjukkan tempat atau arah.
melalui jalan dalam
pada fikiran saya
  1. Menunjukkan masa.
dalam tahun lepas
sewaktu bulan biru
  1. Menunjukan sebab akibat.
Kemalangan berlaku kerana jalan licin
Sebab mulut badan binasa
  1. Menunjukkan pelaku.
Perlawanan akhir itu dimenangi oleh Kedah FA
  1. Menunjukkan mangsa.
Perompak itu kena belasah
Bahagian kata sendi
Kata sendi boleh dibahagikan kepada dua bahagian utama:
  • Sendi nama
  • Sendi kata
Sendi nama
Kata sendi nama ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa/kata nama. Antara kata sendi nama yang biasa digunakan ialah:
di
ke
kepada
pada
dari
daripada
seperti
dengan

Sendi kata
Kata sendi kata ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa/kata kerja, kata sifat dan kata tugas.
bagi
sambil
selepas
sebelum

Bentuk kata sendi
Kata sendi juga boleh dibahagikan mengikut bentuknya:
Sendi tunggal
antara
bagai
demi
hingga
kerana
sejak

Sendi berimbuhan
bagaikan
berikut
mengingat
merupakan
sehubungan
seputar

Sendi majmuk
atas sebab
bagaimanapun
dalam hal
daripada
di antara
kepada
oleh kerana
selain daripada

Sumber : Wikipedia, ensiklopedia bebas

No comments:

Post a Comment